Rabu, 19 September 2012

TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG.

15.1    Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. 

Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
1.Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
2.Penggunaan komputer di sekolah
3.Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
4.Pengaplikasian teknologi maklumat dalam Pn komputer di sekolah


Antara Hasil BBM Berbantukan Komputer



  
Contoh Borang Pemarkahan Pertandingan Seminar P&P berbantukan Komputer





15.2    Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.

Jenis-jenis pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN

1
Pameran tetap

Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat


2
Pameran Temporer

Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan


3
Pameran Keliling

Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
       
Contoh Pameran:

Contoh pamplet Pameran :

TAJUK 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

KONSEP CAKERA PADAT
•   CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai 
     cakera padat.
•   Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat
     menyimpan data secara optik.
•   Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk
     lubang halus (lihat rajah 1).
•   Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut
    sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan 
    diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.


CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA
•   Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
•   Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, 
    manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
•   Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili
    dengan binari 1.
•   Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung
     kepada  kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
•   Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
•   Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
•   Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang
    3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula
    dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

 

JENIS-JENIS CAKERA PADAT

 
  
 
14.1     Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
            

Contoh Jenis Cakera Padat

14.2     Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan

14.3     Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.


AKTIVITI

JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
Cakera latihan tatabahasa