Rabu, 19 September 2012

TAJUK 14 : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

KONSEP CAKERA PADAT
•   CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai 
     cakera padat.
•   Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat
     menyimpan data secara optik.
•   Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk
     lubang halus (lihat rajah 1).
•   Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut
    sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan 
    diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.


CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA
•   Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
•   Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, 
    manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
•   Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili
    dengan binari 1.
•   Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung
     kepada  kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
•   Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
•   Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
•   Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang
    3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula
    dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

 

JENIS-JENIS CAKERA PADAT

 
  
 
14.1     Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:
            

Contoh Jenis Cakera Padat

14.2     Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan

14.3     Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.


AKTIVITI

JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
Cakera latihan tatabahasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan