Rabu, 19 September 2012

TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHASA MELAYU

PENGUNAAN ENJIN PENCARI BAHASA MELAYU

1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
 
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan
www.youtube.com
 
Lihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan Youtube Downloader. Youtube Downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan Youtube Downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
 
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
 
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menyImpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
 
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan berdasarkan tema yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran  Bahasa Melayu Tahun 5 :

ALAMAT INTERNET AUDIO

SOPAN SANTUN
PATRIOTIK
ALAM SEKITAR
TRADISIONAL
KELUARGA


ALAMAT INTERNET GRAFIK

SOPAN SANTUN
MERENTAS DESA
ALAM SEKITAR
KELUARGA
PENJUAL DAN PEMBELI


ALAMAT INTERNET TEKS

KELUARGA
SOPAN SANTUN
MERENTAS DESA
ALAM SEKITAR

PENJUAL DAN PEMBELI

 
ALAMAT INTERNET VIDEO

Keluarga
Alam Sekitar
Sopan Santun
Merentas Desa
Penjual dan Pembeli

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
 
SOPAN SANTUN
Laman sesawang ini mengandungi lagu sopan santun.

KELUARGA
Laman sesawang ini mengandungi koleksi lagu keluarga.
 
ALAM SEKITAR
Laman sesawang ini mengandungi artikel tentang alam sekitar.

PEMAKANAN SEIMBANG
Laman sesawang ini mengandungi lagu pemakanan seimbang.

PATRIOTIK
Laman sesawang ini mengandungi koleksi lagu patriotik.
 
SOPAN SANTUN
Laman sesawang ini mengandungi grafik sopan santun.

Tajuk : Bercerita
Sinopsis : Laman sesawang ini mengandungi video Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan